Ahad, 15 Julai 2012

Majlis Pelancaran Mini Maha Papar

14 Julai 2012, Y.B Datuk Rosnah binti Hj. Abdul Rashid Sirlin sebagai tetamu kehormat dalam majlis ini. Antara objektif program ini ialah menghebahkan maklumat berkaitan peranan dan program kementerian dalam membangunkan sektor pertanian negara. Membantu usahawan dalam sektor pertanian mempromosikan produk yang telah dikeluarkan dan memberi peluang-peluang perniagaan kepada rakyat dalam sektor pertanian.

Turut mengadakan majlis penyerahan penerima Motosikal Tiga Roda (M3R), penerima Sijil Kelulusan 1 Malaysia Best, Penerimaan Bantuan Insentif Tambahan (BIT) Agro Bazaar Kedai Rakyat, Penerima Bantuan Kukuh, Kumpulan penerima Program Bot Transformasi Nelayan daripada LKIM, Kumpulan penerima pinjaman daripada TEKUN NASIONAL, Kumpulan penerima Pinjaman Skim Mikro Kredit daripada Agrobank dan Penerima Bantuan Kanvas Kanopi Pasar Tani daripada Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) Papar.

Antara program yang dijalankan sepanjang Program Mini Maha 2012 ini, adalah Operasi Pasar Tani & Pasar Tamu, Jualan Usahawan Tani, Demostrasi Masakan Popular Daerah Papar, Pameran Jabatan / Agensi, Pertandingan & Pameran Ayam Serama, dan Pertandingan Karaoke.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan