Isnin, 23 Julai 2012

Program Kenduri Sekampung dan Solat Jumaat di Kampung Benoni

Sekitar Majlis Program Kenduri Sekampung di Kg.Benoni,Papar yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia yang juga Ahli Parlimen P.175 Papar pada 20 Julai 2012. Dimajlis itu
YB.Datuk Rosnah menyampaikan sumbangan Pejabat Parlimen P.175 Papar seperti Cermin Mata (250 orang untuk DUN N.22 Pantai Manis) Wargaemas (26 Orang),Ibutunggal (67 orang) dan Anak Yatim (75 orang lelaki & Perempuan) juga menerima sumbangan kewangan sempena bulan ramadhan dimajlis tersebut.









Majlis Ramah Mesra PETRONAS

Majlis Ramah Mesra PETRONAS Bersama Nelayan Daerah Papar Sempena Menyambut Bulan Ramdhan Al-Mubarak 1433H. YB. Datuk Rosnah binti Hj. Abdul Rashid Shirlin sebagai perasmi utama turut menyampaikan sumbangan kurma kepada para nelayan. Sumbangan dalam bentuk keperluan dapur kepada nelayan yang berpendapatan rendah Sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak bagi meringankan bebanan. selain itu, dapat mengeratkan hubungan silaturahim SOGT & masyarakat. Pihak PETRONAS tidak pernah melupakan kebajikan para nelayan. Tambahan lagi, lebih 27 orang nelayan yang tersenarai untuk baik pulih rumah nelayan. di bawah projek Kementerian Pertanian dan Asas Tani.









Mini Forum "Ramadhan Pemangkin Kesihatan"

Mini Forum "Ramadhan Pemangkin Kesihatan" anjuran PERKEP Kontijen Sabah (Biro Agama) dan Cawangan BAKA, Sabah dengan kerjasama KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada 18 Julai 2012 bertempat di Ming Garden Hotel & Residences. Forum ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman peserta mengenai fadhilat-fadhilat berpuasa dari segi mental, fizikal & kerohanian. meningkatkan pengetahuan peserta mengenai hubung kait antara Al-Quran dan Sains dan meningkatkan pengetahuan peserta  mengenai hikmah disebalik kewajiban berpuasa.









Penyampaian Sumbangan kepada Pengerusi-pengerusi Masjid & Surau

YB.Datuk Rosnah Haji Abdul Rashid Shirlin,Ahli Parlimen P.175 Papar yang juga Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia (17 Julai,2012) menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi2 Masjid & Surau sempena menyambut bulan Ramahan 1433H/2012M tahun ini .Seramai 15 buah Masjid dan 66 buah surau di Parlimen Papar menerima sumbangan tersebut.





Ramah mesra mengunjungi Gerai2 Pameran di Mini Maha Papar 2012

Yb.Datuk Rosnah Haji Abdul Rashid Shirlin,Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia yang juga Ahli Parlimen P.175 Papar pada 15 Julai 2012 meluangkan masa berkunjung ke Gerai2 Pameran Jabatan/Agensi Kerajaan yang menyertai Mini MAHA Papar 2012. Turut mengiringi beliau ialah Tuan Pegawai Daerah Papar,En.Iman Ali.


Khamis, 19 Julai 2012

Kempen Menderma Darah Untuk Orang Ramai

Kempen ini dilaksanakan pada 15 Julai 2012 oleh Persatuan Pemuda Hokkian Papar Bersama Transfusi Darah Papar untuk orang ramai....turut disampaikan sumbangan kepada persatuan ini.....






Program Motivasi Percuma Pelajar SPM/STPM Daerah Papar "Petua Kecermelangan Diri dan Teknik Belajar"

Y.B Datuk Rosnah Binti Hj. Abdul Rashid Shirlin sebagai perasmi program ini yang banyak memberi dorongan dan bimbingan dalam menghasilkan masyarakat yang berintelektual dan bermutu tinggi.. pelbagai pendekatan yang diberikan bagi menbantu pelajar untuk mendapatkan yang terbaik dalam aspek akademik mahupun sahsiah diri.. pendedahan yang diberikan ini banyak membantu pelajar bagi meningkatkan mutu pembelajaran dan memotivasikan diri menjadi insan yang terbaik di dalam kalangan yang terbaik...






Ahad, 15 Julai 2012

Program Gotong-royong Tanah Perkuburan Kampung Kuala

15 Julai 2012, program ini dijalankan bagi membersihkan kawasan Tanah Perkuburan Kampung Kuala oleh penduduk setempat sebelum menjalani ibadah puasa yang dijangka pada minggu hadapan. Program kebajikan ini dapat mengeratkan hubungan silaturaturrahim antara pemimpin dan masyarakat setempat.






Majlis Pelancaran Mini Maha Papar

14 Julai 2012, Y.B Datuk Rosnah binti Hj. Abdul Rashid Sirlin sebagai tetamu kehormat dalam majlis ini. Antara objektif program ini ialah menghebahkan maklumat berkaitan peranan dan program kementerian dalam membangunkan sektor pertanian negara. Membantu usahawan dalam sektor pertanian mempromosikan produk yang telah dikeluarkan dan memberi peluang-peluang perniagaan kepada rakyat dalam sektor pertanian.

Turut mengadakan majlis penyerahan penerima Motosikal Tiga Roda (M3R), penerima Sijil Kelulusan 1 Malaysia Best, Penerimaan Bantuan Insentif Tambahan (BIT) Agro Bazaar Kedai Rakyat, Penerima Bantuan Kukuh, Kumpulan penerima Program Bot Transformasi Nelayan daripada LKIM, Kumpulan penerima pinjaman daripada TEKUN NASIONAL, Kumpulan penerima Pinjaman Skim Mikro Kredit daripada Agrobank dan Penerima Bantuan Kanvas Kanopi Pasar Tani daripada Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) Papar.

Antara program yang dijalankan sepanjang Program Mini Maha 2012 ini, adalah Operasi Pasar Tani & Pasar Tamu, Jualan Usahawan Tani, Demostrasi Masakan Popular Daerah Papar, Pameran Jabatan / Agensi, Pertandingan & Pameran Ayam Serama, dan Pertandingan Karaoke.







Jelajah Menjejaki Langkah Y.B Datuk Rosnah Binti Hj. Abdul Rashid Sirlin

Tanggal 13 Julai 2012, Flight AK5110 (1410-1645) LCCT-KK menjejaki langkah Y.B Datuk Rosnah binti Hj. Abdul Rashid Sirlin. Penjelajahan selama sebulan untuk mencari dan menjalani kehidupan bersama Datuk dan masyarakat Papar, Sabah.